SILA BERHATI-HATI DENGAN TABITA PALSU YANG SEMAKIN BERLELUASA DI PASARAN MALAYSIA!!

Thursday, 20 December 2012

CARA PENGGUNAAN TABITA SKIN CARE


SILA IKUTI LANGKAH PENGGUNAAN PRODUK TABITA DENGAN BETUL 

UNTUK MENDAPATKAN HASIL YANG MAKSIMUM.


Cara 1
Dengan hanya menggunakan sedikit Facial Soap Tabita (maksimum sebesar syiling 10sen), cuci muka dan leher dengan facial soap. Kemudian bilaskan dengan air.  Jika anda memakai mekap seperti foundation atau compact powder, cuci muka dengan Facial Soap Tabita, ulang cara yang sama sebanyak 2 kali (double cleanse) kerana Facial Soap Tabita mampu mencuci dengan bersih mekap anda tanpa memerlukan make-up remover.

Cara 2
Setelah dibilas, pastikan wajah dan leher anda tidak dilap atau dikeringkan terlebih dahulu.  Dalam keadaan lembab atau basah, sapukan wajah dan leher dengan kapas muka (facial cotton) yang telah diletakkan antara 3-4 pam Smooth Lotion Tabita.  Sapuan Smooth Lotion haruslah dengan lembut dan tidak menggosok kerana kulit wajah kita lembut dan perlulah diuruskan dengan cara yang lembut.  Elakkan penggunaan Smooth Lotion di kawasan mata kerana kulit sekitar mata lebih sensitif dari bahagian lain pada wajah.

Cara 3
Dengan wajah yang masih lembab selepas disapukan toner, oleskan Daily Cream Tabita ke  seluruh wajah dan leher.  Daily Cream juga boleh disapukan di kelopak dan kawasan mata.  Tidak perlu sapuan yang terlalu tebal kerana kulit wajah hanya menyerap apa-apa krim dalam kuantiti yang memadai dan diperlukan sahaja.  Yang selebihnya tidak akan memberi apa-apa manfaat dan membazir sahaja.

Cara 4
Pada waktu malam, ulangi cara 1 dan 2 dan diikuti dengan sapuan Nightly Cream Tabita ke seluruh wajah dan leher.  Adalah sebaiknya sapuan Nightly Cream ini dilakukan 1 jam sebelum anda tidur. Nightly Cream juga boleh disapukan di kelopak dan kawasan mata. Tidak perlu sapuan yang terlalu tebal kerana kulit wajah hanya menyerap apa-apa krim dalam kuantiti yang memadai dan diperlukan sahaja.  Yang selebihnya tidak akan memberi apa-apa manfaat dan membazir sahaja.


Nota:  Bagi anda yang baru ingin memulakan rutin penjagaan wajah melalui Tabita Skincare, adalah dinasihatkan untuk 1-3 hari pertama, sapuan Daily dan Nightly Cream hanya dilakukan pada wajah sahaja dan elakkan kawasan leher (leher cuma dicuci dengan facial soap dan dan disapu toner sudah mencukupi).  Pada hari yang ke-4, barulah dilakukan sepertimana cara-cara di atas.  Ini adalah kerana kulit bahagian leher kadangkala lebih sensitif dan cepat bertindakbalas.