Salam buat semua :)
Banyak soalan yg saya terima tentang Tabita Skincare dan kesesuaiannya dengan 'preggy mom' ( Ibu mengandung ).
Sebenarnya ibu mengandung boleh menggunakan Tabita tapi memadai menggunakan sabun dan krim sahaja.
Lotion / toner amat tidak digalakkan bimbang sekiranya digunakan akan meninggalkan kesan alahan kepada kulit.
Toner sifatnya untuk membuang sel mati di wajah melalui teknik soft peeling dan sekiranya ibu tersebut alah dgn teknik ini, bimbang akan meninggalkan kesan sebaliknya. Sebagai contoh kesan kemerahan ataupun ruam.
Kondisi kulit wanita hamil amat berbeza dengan wanita biasa. Kebanyakan dari mereka berkulit agak sensitif sewaktu melalui tempoh kehamilan berbanding dengan hari-hari biasa sebelum hamil.
Jadi langkah terbaik, ibu hamil dinasihatkan untuk tidak menggunakan Tabita sehingga selamat bersalin ATAU sekiranya masih ingin mengguna, memadai cucian sabun (Special Soap ) dan sapuan krim ( Day & Night Krim ) sahaja.